Logo SMKP


 Bentuk bulat yang mempunyai globe adalah melambangkan globalisasi.
 Lambang diambil dari reka bentuk Multimedia Super Corridor (MSC). Ia hanya dipilih dan diterapkan dalam lencana sekolah kerana sesuai dengan aliran semasa yang mementingkan kemahiran ICT. Bentuk 3 segi itu juga bermaksud tiga bangsa yang mendominasasi di sekolah ini, iaitu kaum Melayu, India dan Cina. Bulat di tengah melambangkan ketiga-tiga bangsa itu akan bersatu padu menggembeling tenaga demi memertabatkan nama sekolah di mata umum.
 Huruf Q melambangkan masyarakat ini mementingkan kualiti baik dalam apa juga lapangan, mahupun pentadbiran, kurikulum ataupun kokurikulum. Pendek kata harapan sekolah agar dapat melahirkan rakyat yang kreaktif,inovatif dan berkualiti.
 Objek menara Petronas dipilih kerana ianya menjadi lambang kekayaan negara sebagai bangunan tertinggi di dunia sekarang.Dalam erti kata lain ianya menggambarkan hasrat dan cita-cita masyarakat SMK Pusing untuk menjadi rakyat yang terbaik dan tercanggih dalam golong elit dan termasyhur di dunia.
•     Objek measat dan menara Kuala Lumpur melambangkan teknologi tercanggih yang terdapat di Malaysia sekarang. Ianya dipilih kerana Negara kita yang sedang menuju ke era ICT di mana teknologi menjadi satu keperluan dan kemestian bagi semua orang.
•     Perkataan Milenium sengaja diabadikan dalam lencana ini untuk menyatakan bahawa sekolah ini dibuka di alaf baru abad 21.
     Garisan-garisan petak-petak ini merupakan jaringan web yang bermaksud rangkaian komunikasi. Selaras dengan hasrat Negara untuk mewujudkan sekolah bestari di seluruh Negara di alaf baru.
•     Bulan sabit melambangkan kedudukan Sultan dan agama rasmi Malaysia iaitu agama Islam.
•     Warna biru melambangkan perpaduan. Warna kuning melambangkan kedaulatan Sultan. Warna merah bermaksud berani dan cekal menghadapi halangan dan dugaan. Warna putih bermaksud mempunayi niat dan hati yang bersih dan suci.