SENARIO SMKP



Barisan Guru Kanan SMKP

Organisasi SMKP

Pentadbir SMKP




LAPORAN SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN

Organisasi

Lagu SMKP

Visi & Misi SMKP


Latar Belakang SMKP


SMK Pusing, Batu Gajah Perak terletak 25km dari bandaraya Ipoh. Keluasan kawasannya adalah 20 ekar. Pada tarikh 5 Jun 2002 sekolah ini dibuka. Pengurus operasinya ialah En. Ab. Hadi bin Hj. Hamzah.

Pembinaan sekolah ini adalah pembiayaan Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah projek PMK ke-8. Perbelanjaannya dianggarkan RM 10juta. Logo sekolah ini telah direkacipta oleh En. Ab. Hadi bin Hj. Hamzah, En. Zolkaply bin Khalib dan En. Ahmad Jefri bin Kamil.
Retan permulaan Jun 2002 sekolah ini ialah 757 pelajar (14 kelas) dan 16 orang guru serta 3 pekerja sokongan. Sehingga akhir 2011 retan sekolah ini ialah 1021 orang pelajar (32 kelas) 73 orang guru serta 13 pekerja  sokongan.


Pengetua pertamanya ialah Pn. Lee Chia (2003-2008) dan diikuti oleh Tn. Hj. Mohd Jasmi bin Alias (2008-2009) dan kini jentera pentadbiran diterajui oleh En. Rosli bin Shuaid (2010 hingga sekarang). Mereka telah dibantu oleh En. Shazali bin Sharaini (Penolong Kanan Pentadbiran), Tn. Hj. Megat Termizi bin Megat Adnan (Penolong Kanan HEM), Pn. Hjh. Norasiah binti Abdullah (Penolong Kanan Kokurikulum) dan En. Ahmad Jefri bin Kamil (Penolong Kanan Petang) serta empat orang Guru Kanan.
Pada tahun 2008, sebuah bangunan Pendidikan Khas telah dibina. Pada bulan Oktober 2009 pula, sebuah pentas perhimpunan telah siap dibina di dataran  tersebut.



Kini, SMK Pusing hamper berusia 10 tahun. Persekitarannya yang semakin ceria beserta dengan penambahan guru dan pelajar diharap dapat  memantapkan lagi nama sekolah ini dengan mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.